Ejaan dan asal nama Jeddah

Terdapat dua hikayat mengenai nama “Jeddah”. Yang pertama meriwayatkan nama “Jeddah” sebagai bermakna “tepi pantai” kerana Jeddah terletak di pantai Laut Merah yang kemudiannya menjadi pelabuhan terpenting di Arab Saudi. Hikayat yang lagi satu (yang lebih lazim dan popular) menceritakan nama Jeddah berasal daripada perkataan "jaddah”, perkataan Arab yang bermaksud “nenek”. Mengikut cerita rakyat orang-orang Arab, makam Hawa, isteri Nabi Adam a.s. terdapat di Jeddah di koordinat (21.492° N 39.19° E). Oleh kerana Hawa adalah leluhur semua manusia, tempatnya dinamakan “Jeddah” sempena nama beliau. (Makam yang dikatakan makan Hawa ini telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan penziarah yang mendirikan solat dan berdoa di makam tersebut, kerana ini ditakrifkan sebagai menyimpang daripada pegangan Wahabi yang diamalkan di Arab Saudi).

Dalam dokumen rasmi kerajaan Arab Saudi dan di dalam peta-peta, bandar raya ini dilabelkan sebagai “Jeddah”, tetapi pejabat Hal Ehwal Luar Dan Komanwel British memanggil bandar ini “Jedda” walaupun lain-lain jabatan dan pejabat rasmi British menggunakan Jeddah.